Korang tahu tak kenapa HIV masih tak ada penawar? Sebab wujudnya “HIV reservoir”. Apa tu “HIV reservoir”?

HIV reservoir dalam Bahasa Melayu ialah “takungan HIV”, atau dalam bahasa mudahnya, tempat HIV “menyorok”.

Ini ialah bebenang.
Badan kita mengandungi sistem imun, dan dalam sistem imun pula ada berbilion sel-sel imun seperti sel CD4 (bertanggungjawab melawan penyakit).

Bagi manusia normal, kebanyakan sel CD4 berada dalam keadaan ‘tidur’ atau ‘berehat’.
Sel CD4 hanya akan diaktifkan apabila perlu. Sebagai contoh, bila sistem tubuh badan kita diserang sesuatu penyakit, sel CD4 akan diaktifkan untuk membantu melawan penyakit tu.

Kalau tak ada keperluan, sel CD4 akan berehat.
Macam Perry the Platipus, kalau tak ada misi, dia pun buat bodoh gitu-gitu je sambil julingkan mata. Tiba masa, Phineas tegur “itu pun awak.” 😂

Okay, jokes aside.
Analoginya, sistem imun umpama perpustakaan, dan sel-sel imun umpama buku-buku di perpustakaan.

Semakin lama, perpustakaan semakin berkembang. Tapi, tak semua buku kita gunakan secara serentak.

Buku hanya digunakan apabila perlu. Begitu juga sel CD4.
Apabila seseorang dijangkiti HIV, sel-sel CD4 yang aktif akan diserang supaya HIV dapat membiak (make more copies of itself), menerusi “replikasi”.

Untuk pengetahuan korang, replikasi HIV ada pelbagai peringkat, daripada “binding” sampai “budding” (rujuk gambar).
Jadi, di sinilah fungsi utama HAART yang diambil oleh pesakit HIV.

HAART, atau Highly Active Antiretroviral Therapy ialah kombinasi ubat yang “mengganggu” replikasi HIV dalam peringkat-peringkat tertentu (bertanda merah dalam gambar).
Jadi, ubat HAART perlu diambil oleh orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) untuk hentikan replikasi virus tersebut daripada terus membiak dan rosakkan sel-sel CD4 yang lain.
Tapi, apa masalah utama yang dihadapi para saintis untuk hapuskan HIV sepenuhnya?

Macam yang dah dikatakan tadi, CD4 kebanyakannya tidur. Jadi, bila HIV serang CD4 yang tidur, dia akan terperangkap dalam sel-sel CD4 tu dan ubat HAART tak boleh nak capai/hapuskan dia.
Untuk bantu HIV membiak (replikasi), sel CD4 yang dijangkiti perlu diaktifkan oleh sistem imun, supaya kitaran hidup HIV dapat dimulakan.

Kalau sel CD4 yang berehat dijangkiti HIV, HIV akan kekal berada dalam sel CD4 tu, dan tiada replikasi akan berlaku.
As I said earlier, HAART only acts on HIV replication. No HIV replication, no actions taken by HAART.

Inilah yang kita panggil “latent HIV reservoir” atau takungan HIV yang tak aktif. HIV hanya terperangkap dan tak membiak dalam sel CD4, dan HAART pun tak boleh nak ‘sentuh’ dia.
Untuk pengetahuan korang juga, sesetengah sel CD4 akan terus berehat sehingga berdekad lamanya. Jadi, berdekadlah juga HIV terperangkap dalam sel tu.
Tanpa HAART, bila sel CD4 yang dijangkiti HIV diaktifkan (hijau), kitaran hidup HIV akan bermula dan virus tersebut akan terus serang sel CD4 lain (cell death).

Sel warna biru tu ialah sel CD4 yang berehat. HIV terperangkap tanpa membiak (no viral replication).
Itulah sebabnya PLHIV perlu makan ubat setiap hari supaya kandungan HAART dalam darah sentiasa ada. In case HIV-infected CD4 cells are activated, HAART can stop the replication and no more healthy CD4 cells will be infected and dead.
Buat masa ni, masih belum ada lagi rawatan untuk sasarkan HIV yang terperangkap dalam CD4 yang berehat. Scientists are trying their best to find ways to target the trapped HIV in resting CD4 cells, including gene editing techniques.
Saintis mungkin dah hampir dengan penemuan penawar HIV menggunakan cara dalam gambar ni. Apa-apa pun, ini adalah teori semata. Masih belum tahu hasilnya. Tapi dengar cerita, kajian dah pun bermula dan hanya tunggu ujian klinikal je.
Kita hanya boleh berdoa jelah agar penawar HIV dapat dijumpai dalam masa terdekat. Kepada rakan-rakan PLHIV sekalian, jangan berhenti makan ubat dan amalkan gaya hidup sihat, ok?
Sekian sahaja, bebenang daripada saya. Kalau ada soalan, just ask away.

Semoga ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat buat semua dan jika ada sebarang salah dan silap, harap diperbetulkan dan saya minta maaf terlebih dahulu.

Lots of love. 💕
You can follow @LivesWithHIV.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.