[Patut Sokong Biden ke Trump?]

Di sini saya buat 3 pertimbangan : keperibadian, polisi & ideologi.

Mana2 kita sokong pun ada paradoks utk orang Islam.

-thread-
1. Kalau sokong atas keperibadian

Kalau dilihat karakter semata-mata memang cenderung untuk pilih Biden di atas Trump. Dia seorang yang lebih moderat, ada rekod yang lama dalam politik (Kongres dan Naib Presiden kepada Obama), nampak bertimbang rasa dan lebih lunak.
Trump pula nampak angkuh, agresif, radikal, ada skandal peribadi yang memalukan, cenderung meniupkan sentimen perkauman dan nampak seperti tidak ada fokus yang cukup untuk memimpin.
2. Kalau sokong atas polisi

Dari segi polisi antarabangsa pula Biden cenderung kepada integrasi antarabangsa dan imigrasi yang lebih longgar. Ini pastinya bagus untuk perdagangan kita dan mereka yang mahu belajar/bekerja di Amerika Syarikat.
Trump pula cenderung 'protectionist' (melindungi industri tempatan) dan sedikit sebanyak menyukarkan aliran dagang. Semua ekonomi rugi jika Amerika lari daripada dunia dan tidak lagi membeli daripada orang lain.
3. Kalau sokong atas ideologi/fikrah

Tapi mereka juga mewakili fikrah tertentu.

Biden mewakili pemikiran 'kiri' - dari segi budaya byk yang diperjuangkan yang bersimpang dengan Islam, cth sokongan kepada LGBT, kebebasan menggugurkan janin dan secara umumnya budaya liberal.
Trump pula mewakili 'kanan' - dari segi budaya golongan ini konservatif, berpegang pada ajaran agama, tradisi dan tidak bersetuju dengan banyak perkara yang di perjuangkan oleh golongan liberal.
Trump disokong oleh banyak golongan Kristian Pendakwah (Evangelicals) yang perjuangan mereka tidak ubah seperti golongan Islamis (IKRAM, ISMA, HALUAN dan sebagainya).
4. Paradoks

Masalahnya - kiri liberal itu lebih lunak kpd Islam. Kebebasan yang mereka pegang terpakai juga kepada agama, & orang Islam dianggap sebahagian daripada Amerika. Human rights yang jadi hujah kepada LGBT juga jadi sandaran supaya Israel x memijak rakyat Palestin.
Kanan yang budayanya lebih dekat dengan orang beragama pula dilihat lebih keras kepada Islam. Trump sendiri mensasarkan 'Islam radikal' sebagai musuh utama dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden, dan pernah mengatakan 'I think Islam hates us'.
Ini paradoks dalam fahaman antarabangsa - sokong liberal yang lunak, atau golongan agama yang keras?
5.Pendapat peribadi

Saya sendiri berpendapat: kita cenderung kepada calon yang memberikan untung atau lunak kepada negara Islam, selagimana fahaman budaya mereka terhad kepada dalam negeri dan tidak dipaksakan ke atas negara lain.
Atas sebab itu saya cenderung kepada Biden. Tapi ke depan ini kita perlu membina hubungan dengan golongan konservatif dan mencari titik-titik temu yang boleh memenangkan fahaman agama dan mengekang liberalisme, atheisme dan pengikutan nafsu yang semakin menjadi kiblat dunia.
You can follow @ikmalnordin2.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.