This is what we called

CONFIRMITY in social psychology.

iaitu sejauh mana kepatuhan seseorang itu untuk sesuatu kelompok demi menyesuaikan diri dlm sesuatu persekitaran.

Adakah anda begitu?🤔

Mari kita sama-sama baca untaian ini.

(A thread)

#PenghuniTeologi #PsikologiSosial https://twitter.com/naimazharrr/status/1324740259398103046
Eksperimen CONFIRMITY ini dilakukan oleh seorang Pengkaji Psikologi Sosial bernama Solomon Asch yang berasai dari Poland Amerika.

Dalam Bahasa Melayu dan Indonesia kajian ini menggunakan istilah "Kesesuaian" atau "Kepatuhan"
Dalam eksperimen yang sebenar, Solomon Asch telah lakukan ujikaji kepada 37 peserta.

Hasilnya akan terjadi dua golongan :

1. Konformis (yang mengikut kesusaian keadaan)
2. Tidak Konformis (yang tetap pendirian)

Eksperimennya sangat unik, jadi mari kita mulakan.

Bismillah....
Bayangkan sekarang, di dalam sebuah kelas, ada 6 orang pelajar,

(Musim covid kan, ambil sikit jela pelajar,kang kena saman ramai-ramai)
Sebelum kuliah bermula dan ditakdirkan pula salah seorang dari 6 pelajar tersebut (Si Fulan A) datang kelas lambat pula hari itu sebab malam semalam dia pi otp dengan awek sampai lambat tidoq.

(Tu lah, siapa suruh hang bercinta)
Lima pelajar yang datang awal ini telah diberitahu oleh pensyarah supaya memilih jawapan yang salah pada soalan yang ketiga dan seterusnya sampailah habis soalan yang diberikan nanti.

Contoh :

Jawapan yang tepat adalah A, tapi pensyarah minta 5 pelajar ini pilih B.
Maka, kuliah pun bermula dan si Fulan A datang 5 min selepas itu. Kemudian dia pula duduk di meja barisan yang ke 5 daripada 6.

Soalan pertama ditulis di atas papan hitam & pensyarah berkata

“Berikan saya jawapan yang manakah yg hampir sama tingginya dengan garisan tegak ini”
Untuk soalan pertama ini, 5 pelajar tadi diminta pilih jawapan yang betul, maka si fulan A pun pilih jawapan yang sama.

Sonang yo ughang nismilan cakap.

Situasi yang sama pada soalan yang kedua, keenam-enam pelajar termasuk anda pilih jawapan yang betul.
Bermulalah soalan yang ketiga.

(SITUASI A)

Jeng-jeng-jeng
Jawapan yang betul adalah C, tapi pelajar barisan pertama dari kanan sampai keempat pilih jawapan A. Si Fulan A ini pun mula rasa pelik.

Dia pandang kiri kanan seperti mahu melintas jalan, kemamkan bibir sambil berfikir.

Dan akhirnya anda pilih A juga.
Dan begitulah pada soalan seterusnya, mereka pilih jawapan yang salah. Si Fulan A akan ikut mereka juga pilih jawapan salah yang sama.

Kenapa dia pilih jawapan yang salah juga sedangkan dia tahu itu salah?

Haa itu kojap laei kito cito.

Kito poei ko SITUASI B pulak.
Okay sekarang.

Anda boleh dokong Si Fulan A keluar kelas.

Kita masukkan pelajar yang lain (Fulan B) yang masuk lambat yang mungkin sama juga on the phone dengan awek malam-malam buta seperti kiamat hampir tiba.

Dan dia duduk di meja yang sama (Barisan kelima)
Kita lompat terus ke situasi soalan yang ketiga, lima pelajar tadi terus memberi jawapan yang salah.

Tapi si Fulan B ini beri jawapan yang betul, iaitu C.

Nampak dia ada ketetapan pendirian gitew.
Tiba-tiba kelima-lima pelajar yang lain terus pandang ke arah si Fulan B seperti dia lakukan kesalahan yang besar.
Soalan keempat diajukan, kesepakatan untuk pilih jawapan yang salah adalah A, maka dari barisan 1-4 pilih A.

Maka Si Fulan B ini akhirnya ikut pilih jawapan salah yang sama pada soalan yang ke empat.
Untuk SITUASI A dan B

75% memilih jawapan yang salah mengikut kelompok kumpulan sekurang-kurangnya sekali.
Apabila ditanya mengapa pilih jawapan yg salah

1. Mereka tahu jawapan kelompok itu salah, tapi mereka lebih pilih untuk tidak ambil risiko seperti ejekan & rasa bersalah.

2. Mereka yakin yang kelompok itu sebenarnya memiliki jawapan yang betul berbanding jawapan mereka sendiri.
SITUASI C

Okay sekarang, kita campak si Fulan B ini dari tingkap.

Kita masukkan pula dua pelajar si Fulan C dan si Fulan C+ ke dalam kelas.
Kenapa siap ada C+?

Ntah le nak.

Aku buat thread ni sambil lapau sebenarnya.
Jadi soalan ketiga pun ditanya,

Si Fulan C+ ini memilih jawapan yang betul iaitu C

Si Fulan C pun bila tengok ada orang beri jawapan yang betul juga.
Untuk SITUASI C pula,

Kajian menunjukkan apabila ada orang yang menyokong pendapat yang sama.

Maka keyakinan peserta tersebut akan menaik dan mengurangkan peratus confirmity.

Walaupun yang menyokongnya hanya seorang.

Sekurang-kurangnya 5% dari jumlah 37 peserta.
Okay last,

SITUASI D.

Si Fulan C kita boleh keluarkan dia, kita masukkan pelajar lain (Si Fulan D)

Eksperiment yang sama, cuma diolah sedikit iaitu si Fulan D ini saja dibenarkan menulis jawapan di atas kertas.
Maka apabila soalan ketiga dan seterusnya ditanya, si Fulan D ini menulis jawapan yang betul walaupun pelajar yang lain beri jawapan yang salah.
Hasil kajian SITUASI D pula,

Lebih 98% memberi jawapan yang benar kerana kebiasaannya kita berani menyatakan pendapat kita yang benar apabila diberi ruang privasi.
Berikut ada 4 FAKTOR UTAMA yang mempengaruhi CONFIRMITY.

1. KESESUAIAN CENDERUNG MENINGKAT KETIKA LEBIH BANYAK ORANG HADIR.

-Namun, ada sedikit perubahan setelah ukuran kelompok melampaui empat atau lima orang.
2. KESESUAIAN JUGA MENINGKAT KETIKA TUGAS MENJADI LEBIH SULIT.

Dalam menghadapi ketidakpastian, orang-orang berpaling kepada orang lain untuk mendapatkan informasi tentang cara bertindak balas.
3. KESESUAIAN MENINGKAT KETIKA ANGGOTA LAIN DARI KELOMPOK MEMILIKI STATUS SOSIAL YANG LEBIH TINGGI.

Ketika seseorang melihat org lain dalam kelompok sebagai lebih kuat, berpengaruh atau berpengetahuan dari diri mereka sendiri, mereka lebih mungkin utk pergi bersama dgn kelompok.
4. KESESUAIAN CENDERUNG MENURUN KETIKA ORANG-ORANG DAPAT MERESPONS SECARA PRIBADI.

Penelitian juga menunjukkan bahwa konformis menurun jika mereka mendapat dukungan dari setidaknya satu individu lain dalam suatu kelompok.

Dan juga apabila diberi ruang privasi.
KRITIKAN TERHADAP EKSPERIMEN CONFIRMITY ASCH

Ada beberapa kritikan dari pengkaji ahli psikologi sosial yang lain.

Antaranya :

1. individu mungkin telah termotivasi untuk menghindari konflik, daripada keinginan yg sebenarnya untuk menyesuaikan diri dgn anggota kelompok lainnya.
2. Hasil eksperimen di laboratorium mungkin tidak menyamaratakan situasi dunia nyata.

Namun, banyak ahli psikologi sosial percaya bahwa sementara situasi dunia nyata mungkin tidak begitu jelas karena mereka berada di laboratorium.
Tekanan sosial yang sebenarnya untuk menyesuaikan mungkin jauh lebih besar, yang dapat secara dramatis meningkatkan perilaku konformis.
KONKLUSI :

Eksperimen confirmity (kesesuaian) ini adalah salah satu yang paling terkenal dalam sejarah psikologi dan telah mengilhami banyak penelitian tambahan tentang konformis dan perilaku kelompok.
Penelitian ini telah memberikan wawasan penting tentang bagaimana, mengapa, dan bila orang akan menyesuaikan diri dan kesan dari tekanan sosial pada perilaku.
Rujukan :

1. Britt, MA. Eksperimen Psikologi: Dari Anjing Pavlov ke Inkblots Rorschach. Avon, MA: Adams Media; 2017.

2. Myers, DG. Meneroka Psikologi. New York: Worth Publishers; 2009
Bai nak gi job dulu.🌿

Take care....

garnier....
You can follow @AmirulRuslam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.