Orang Melayu kita harus berhenti panggil kaum India dengan panggilan "K*ling p*riah" ,

apa yg orang lain tidak suka kita jangan buat.

Sy membesar sbg seorang minoriti di kalangan kaum Cina Malaysia dan di Guangzhou China, dan ini pengalaman hidup sy.

Thread:
1. Sekolah menengah sy dihabiskan dgn beberapa insiden yg sy tidak akan lupa di Chong Hwa Independent High School Jalan Ipoh, antara sekolah swasta Cina yg paling hebat di kalangan kaum Cina Malaysia.

Tangan kiri, batang zakar, Melayu malas dan mundur.

Student id 01712
2. Tangan kiri (utk membersihkan punggung) sy dijadikan bahan jenaka sewaktu tingkatan 1-3, sering dijerit-jerit oleh org lain supaya sy itu jgn didekati.
3. Ada kenalan nama Yap Swee Kee seringkali mengungkit betapa mundurnya Malaysia berbanding Singapore kerana Malaysia ini dipimpin orang Melayu. Dan setiap kali itu juga sy ketawa kerana tidak apa yg sy mampu buat.

"Take a chill pill." Kata mereka.
4. Sy pernah beberapa kali dikatakan tidak mempunyai batang zakar kerana ada di antara mereka salah faham tentang berkhatan, dan itu juga pernah menghantui hidup sy sbg seorang lelaki waktu itu.

Dgn persekitaran sprti itu, sy merasakan diri sy kecil dan tidak akan maju.
5. Saya ambil jalan utk tidak terus ke depan, menjadi pelajar yg agak nakal, bawa rokok, mencuri, ponteng sekolah.

Sebab dalam kepala sy, memang sy tidak akan ke mana.

Tp alhamdulillah, keluarga push sy utk teruskan pelajaran, dan dapat ke Guangzhou China.
6. Kulit sy agak gelap, kalau ke Hong Kong tiada beza denga orang Filipina di sana. Di sana pernah digelar "budak kari".

Dalam kalangan orang Canton pula, ada kebiasaan memanggil org berkulit hitam "hantu hitam 黑鬼" mungkin bg mereka itu bukan satu bentuk slur.
7. Mencari rumah sewa, sy perlukan bantuan isteri (Chinese) utk memudahkan proses dapat rumah.

Orang Xin Jiang, orang Africa, yang berkulit agak gelap akan ditapis berkali-kali sebelum lulus dapat rumah.

Sy akan keluarkan segala dokumen belajar utk membuktikan yg sy legit.
8. Sedap kalau sy ceritakan benda ni secara bersemuka. Sy pernah jadi minoriti, dari hal agama, bangsa, kulit, ada sahaja ruang utk dijadikan bahan jenaka.

Namun sy bangga ada rakan-rakan sy sewaktu itu stood up for me, dan masih berkawan hingga sekarang.
9. Dengan itu, sy tidak merasakan semua Malaysian Chinese tak suka Melayu, dengan itu, sy tidak merasakan semua Cina Mainland katak bawah tempurung. Mungkin mereka tidak merasa panggilan mereka itu mengguris hati sy.
10. Lek Kee, Jian Shen, Wei Khang, Xuyang, Chuan Ji, Fung, Sogo; these are my Chinese friends. Sy berpeluang explained ke mereka yg sy tidak berapa suka dipanggil sebegitu, berpeluang menjelaskan apa yg mereka salah faham tentang Islam.
Maka, sy di sini ingin bersuara kepada semua bangsa Melayu yg sedang membaca, jika mereka tidak suka dipanggil K, janganlah anda panggil.

Kita sama-sama kurangkan isu perkauman di sekeliling kita, kerana satu yg jahat tidak seharusnya dilupakan 100 yang baik.

Maju bangsaku.
You can follow @magmalaya.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.