Hi I nak terangkan sikit pasal LABEL MAKANAN sbb lately I tengok mcm semakin banyak products mcm snacks, keropok semua ada kat pasaran...which is good tapi I tengok label dia terus I jadi
hm ni salah

Ini maklumat yg sepatutnya kena ada kat setiap label makanan yg manufactured dan dibungkus (maksudnya makanan RTE dekat restoran terkecuali). I'll explain in this thread.
Nama sebutan sebenar makanan - nama makanan tu la. Tapi ni bukan jenama tau. Cthnya I tak boleh letak nama makanan Biskut Lily sbb itu mcm seolah2 I yg dijadikan biskut. Dia kena Biskut Coklat (nama) Lily's (jenama) baru betul.
Senarai ramuan - kena letak bahan ramuan yg actually digunakan, ikut urutan menurun amount bahan yg digunakan. Jangan letak love la, kasih sayang la, penat lelah semua tu sbb itu bukan bahan ramuan makanan dlm Akta Makanan 1983

Nutrition facts - yg ni I pernah nampak org letak amount of ash, moisture etc dlm nutrition facts. Ni salah.
Yg perlu letak dlm nutrition label ialah: energy (in kcal or kJ), protein, carbohydrate and fat.
Yg perlu letak dlm nutrition label ialah: energy (in kcal or kJ), protein, carbohydrate and fat.
Penandaan tarikh - bukan semua makanan perlu ada expiry date ye. Yang wajib ada ialah makanan dlm Jadual Kelima Peraturan Makanan

EXPIRY DATE/USE BY/CONSUME BY utk menyatakan tarikh akhir makanan tu selamat utk dimakan.
Atau guna BEST BEFORE/GUNA SBL utk menyatakan tarikh akhir makanan tu masih maintain quality yg sepatutnya (cthnya nutrisi masih kekal)
Atau guna BEST BEFORE/GUNA SBL utk menyatakan tarikh akhir makanan tu masih maintain quality yg sepatutnya (cthnya nutrisi masih kekal)
Maklumat pengeluaran - maklumat pengeluar atau packer atau empunya hak untuk mengilang. Kena ada nama dan alamat sekali.
Tak boleh sesuka hati buat claim pasal nutrient cthnya 'high in Vitamin C' etc. Ada syarat2nya kalau nak buat claims tp maybe in another thread sbb panjang ceritanya.
Penting!!! - jangan letak apa2 logo dari pihak berkuasa atau agensi yg tak berkaitan. I pernah nampak ada yg letak logo Mardi la, logo Jabatan Standard Malaysia la, logo Halal la dan even ada yg letak logo my company sbb hantar sample ke lab I

Kalau nak guna logo atau perkataan Halal, WAJIB mohon sijil Halal dari Jakim. Tak boleh tulis ditanggung halal semua tu tanpa sijil Halal yg sah ok! Yg ni bawah Akta Perihal Dagangan, Peraturan Penandaan Halal.
Kalau nak buat testing utk nutrition label atau nak join kelas Food Labelling yg akan terangkan dgn lebih detail, boleh hit up my company @unipequkm . For more info boleh tekan our linktree here: https://linktr.ee/unipeq