Mengucap panjang saya menonton video insta seorang influencer yang juga academician berstatus professor yang memberi komen tentang seorang pesakit anxiety dengan statement:

"Stop the medication! Jangan percaya!"
Maaf, saya rasa kenyataan tersebut sangat tidak wajar. Terutama dari seorang yang ingin menyebarkan kebaikan.

Walaupun saya pakar psikiatri, saya takkan sesekali komen rawatan pesakit saya yg tidak berkait dengan bidang saya. Kita perlu hormati bidang ilmu dan profesionalism.
Ia juga menyalahi etika sebagai seorang pengamal perubatan.

Dan lebih teruk lagi, ia membawa stigma terhadap pesakit anxiety, seolah-olah mereka yang mengambik ubat itu tidak positif, tidak kuat, tidak percaya tuhan dan seangkatan dengannya.
Sekiranya ada peskit yang mengikuti nasihat suruh berhenti ubat tersebut gejalanya makin teruk dan kemudian menjadi suicidal.

Siapa agaknya yang nak bertanggungjawab dengan akibat dti nasihat tersebut?
Tak salah nak sebar kebaikan dengan menemai positivity. Tapi biarlah dengan hikmah. Ada tempat kita bantu dengan fikiran positif, ada situasi kita perlu rawat.

Saya doakan kita semua terpelihara oleh Allah dari kejahilan.
You can follow @DrRozanizam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.