KOPI DAN PARA ULAMA SUFI

Hari ni saya mahu berkongsi tentang keakraban ulama’ sufi dengan kopi. Seperti yang kita ketahui, minimuman kopi berasal dari negara Islam iaitu habsyah (Ethopia) dan dipopularkan di Yaman & Damsyik sebelum dibawa ke Eropah & America.

sambungan 👇
Sebab itu, biji kopi Habsyah & Yaman (mocha) adalah antara terbaik di dunia. Kopi mocha tu bukan kopi yang dicampur coklat. Tetapi nama sebuah pekan di yaman

Sultan Salim sendiri membawa kopi ke Istanbul pada tahun 922 H,dan minuman kopi mulai marak dinikmati di sana tahun 960H.
Ulama sufi juga melihat kopi sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Ini kerena minum kopi boleh memberi kesegaran & kerajinan. Dengan kopi, kerja kebaikan akan terasa lebih mudah & indah, samada kebaikan dunia atau akhirat.

Kopi menjadi teman dalam amalan.
Ulama’ dan khalifah gemar menghirup bercangkir kopi untuk beribadah malam, menimba ilmu dan bermusyawarah.

Kehadiran kopi dalam majlis-majlis Khalifah Uthmaniyyah adalah suatu pemandangan yang tidak asing.

Kopi memainkan peranan penting dalam diskusi ummah.
Kopi bukan hanya dinikmati oleh ahli ibadah, malah oleh para sarjana & pemikir ulung dunia. Al Qasimi berkata mengenai kopi,

”Ia minuman para penulis, para guru, para penela’ah kitab, para pengajar ilmu-ilmu sastra dan ilmu-ilmu profesi serta para penyair…”
Kerana bagi para sarjana & ahli ibadah kopi membantu mereka dalam kebaikan, mereka mendirikan banyak kedai kopi sendiri. Kedai kopi akan jadi tempat berkumpul sarjana, ahli ibadah & pendakwah.

Apabila azan berkumandang, mereka akan solat berjemaah Bersama.

Mashaallah indahnya.
Al Muhibbi berkata mengenai Syeikh Al Yatim,

”Di awal mulanya ia mencari nafkah sebagai penjual kopi dengan suwiqah (roti gandum) yang dibakar, dan kedai kopinya merupakan tempat berkumpulnya orang-orang shalih…”
Jelas disini, dalam budaya kita, kopi bukan sekadar minuman komoditi. Bahkan ia adalh penyeri hidup bagi mereka yang cintakan ilahi.

Kopi bukan hanya pada gaya, tetapi sarana untuk kemajuan diri, bangsa dan agama.

Kopi dari hati, buat jiwa yang ingin Kembali.
Semenjak pandemic ni, saya & team terinspirasi untuk menghidupkan kembali budaya kopi nusantara.

Kami cuba untuk dalami dan kongsi ilmu & pengalaman tentang kopi kita.

Mohon sokongan & ikuti instagram kami 🙏🏻

Okairikofi:
https://www.instagram.com/okaerikofi/ 

Tbdk:
https://www.instagram.com/tentangbukudankopi/
You can follow @aimanomist.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.