Selamat pagi kepada yang baru buka twitter !

Bangun2 je aku hidangkan kau dengan thread sikit tentang sistem akuaponik aku.

Kerja hari ini:
Bagi suplemen kepada pokok.
Mula2 aku nak test dulu parameter pH untuk tank aku. Aku guna dua benda ni.
Yang kuning namanya PH meter.
Yang putih namanya TDS meter.

Ph meter untuk ukur pH lah.
TDS tu boleh detect 3 benda iaitu TDS (Total Dissolved Solid), EC dan suhu.
Caranya, rendam je dalam sample air tank tu. Jadi,

PH: 6.9
EC: 1251
TDS: 625ppm
Suhu: 27C (7 pagi tadi)

pH yang cun untuk akuaponik ialah 6.5-7. So, kira okay dah tu. Yang TDS dengan EC tu aku belum khatam belajar. Jadi, tak berapa tahu sangat. Geng hidroponik tahu la kot.
Tentang pH, ada sebab kenapa nak kena maintain dalam range 6.5-7. Sebab 3 komponen utama sistem bekerja secara optimum dalam range pH tu.

Bakteria: 5.5 - 6.8
Talapia: 4-9
Pokok: 6.0 - 7.5

Kena temu kan titik tengah. Baru semua hasil optimum.
Lepas dah check semua baru aku masukkan suplemen. Hari ni ada 3 suplemen yang aku letak.

Epsom Salt
Rock Phosphate
Chelated Iron
Okay, suplemen pertama yang aku masukkan ialah Epsom Salt.

Epsom Salt ni tujuan dia untuk supply magnesium kepada pokok. Kalau daun tua tu jadi kuning2 macam dalam gambar. Haa kurang Mg la tu. Pokok boleh jadi terbantut nanti.
Texture dia macam kristal2 gitu. Cara guna senang je, dissolve je dalam air, lepastu terus masukkan dalam fish tank. Senang larut.

Jangan risau, epsom salt ni mineral semulajadi. Termakan pun tak ada masalah. Kalau ikan tu, memang tak jejas, malah lagi sihat ikan2.
Untuk epsom salt, aku refer sukatan macam kat bawah ni.

60g = 1000 litre air

Lepastu ejas lah dengan kuantiti air sebenar. Aku guna tank volume calculator je nak kira jumlah air.
Seterusnya, suplemen kedua iaitu Rock Phosphate.

Rock Phosphate provide phosphorus untuk pokok. Phosphorus diperlukan masa awal2 pertumbuhan pokok, dan jugak waktu berbunga atau berbuah.
Kurang phosphorus, daun2 akan jadi macam dalam gambar.
Tekstur dia macam tanah berpasir. Bila campur dalam air pun, warna dia jadi air tanah gitu.

Yang ini seeloknya dituang dalam sump tank. Tapi, aku tak ada sump tank. Jadinya aku tuang je dalam filter. Pun boleh jugak.

Rock Phosphate ni organic mineral ya!
Sukatan untuk Rock Phosphate pulak,

40g = 1000 litre
Nextt. Iron pulak. Biasanya dia datang dalam bentuk chelated iron.

Iron deficiency ni paling common dalam dunia akuaponik. Daun jadi kekuningan. Warna hijau tapi tak bermaya.
Texture nya powdery. Bila campur dalam air dia jadi warna kuning air karat. Yang ini kena masuk gradually sambil kacau. Sebab mudah berketul kalau masuk sekaligus.

Lepas tu, tuang dalam sump tank. Aku tak ada sump tank, jadi teruss saja masuk ke dalam filter.
Sukatan untuk Chelated Iron ni ialah,

50g = 1000ml

Dan jangan risau, Chelated Iron ni ialah suplemen yang 'fish-safe'.
Untuk maintenance, biasanya aku akan letak suplemen ni 2 minggu sekali. Aku guna agak banyak sebab ada dua tank. Fish tank dengan dwc tank.

Honestly, aku punya setup tu defeat the purpose of aquaponic.
Salah satu tujuan akuaponik ialah jimatkan air. Sebab tu jugak lah aku nak beralih arah ke vertical farming pula. Penggunaan air yang minima. Kos minima. Suplemen sekali beli tapi boleh pakai lama.

Doa2 lah dikayakan rezeki, aku dapat upgrade sistem. Amin
Sekian saja thread pagi ni. Aku dah lapo.
You can follow @hazimrozlan96.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.